BUDAK UKUR UTM DUT 1993 - 1996

Gerbang Ukur | Salam Kecemerlangan | Senarai Nama Budak-budak Ukur | Catatan Peristiwa | Faktor Penukaran | Kenangan Silam | Blog Budak Ukur

Salam Kecemerlangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Merujuk kepada kamus sistem, cemerlang bermaksud berkilauan, bercahaya dengan terang; sangat baik dan sangat indah. Manakala rujukan daripada kamus pelajar Bahasa Malaysia pula, cemerlangan memberi erti hal atau keadaan cemerlang atau kegemilangan. Dengan maksud lain kecemerlangan adalah merupakan pencapaian terhadap sesuatu hasil kerja yang berjaya membawa sesebuah pihak atau organisasi ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Dalam usaha untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam budaya kerja, ia perlu melalui pelbagai cabaran dan halangan. Budaya kerja merupakan satu kumpulan nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang diterima oleh seseorang atau sesuatu kumpulan sebagai amalan ketika menjalankan tugas atau kerja. Budaya kerja ini mampu menentukan tingkat prestasi sesebuah organisasi yang dapat dicapai. Dalam budaya kerja ia mempunyai beberapa ciri penting yang perlu diamalkan terutama dalam profesion ukur tanah. Aspek-aspek penting tersebut adalah nilai atau prinsip yang diterima sebagai kerja haruslah hanya mencukupi, sesuai dengan bidang tugas, objektif dan amalan organisasi itu sendiri. Para pemimpin kerajaan sering melaungkan perkataan ini dalam menggerakkan rakyat Malaysia khususnya supaya sentiasa meningkatkan usaha dan penyelidikan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

dut9396utm.jpg

Sesi Bergambar Pelajar Diploma Ukur Tanah (DUT)
Tahun 1993-1996
Di Dewan Sultan Iskandar,
Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor Darul Takzim
 

Kecemerlangan hanya boleh dicapai apabila mendapat sokongan secara bersepadu dan bantuan daripada pihak-pihak yang terlibat. Ini bererti kerjasama di antara setiap masyarakat, pekerja, pelajar, pemimpin dan sebagainya adalah amat diperlukan dalam bidang penyelidikan atau kerjaya masing-masing. Tanpa persepakatan yang padu antara pihak-pihak yang terlibat, kecemerlangan berkemungkinan sukar dicapai.

Oleh yang demikian perbezaan pendapat yang membawa kearah kehancuran perlu dihapuskan dalam setiap diri manusia. Seharusnya perasaan saling menolong antara satu sama lain, bekerja secara berkumpulan, menerima kelebihan dan kekurangan diri serta faktor-faktor positif yang lain perlu disematkan dalam setiap manusia. Selari dengan perkembangan teknologi dalam profesion ukur tanah maka
seharusnya kecemerlangan profesion ini di Malaysia perlu dipertingkatkan lagi.

Walaupun segelintir masyarakat sering memandang rendah terhadap profesion ukur tanah namun setiap jurukur tanah hendaklah bersatu teguh mengembling tenaga untuk mempromosikan profesion ukur tanah supaya setaraf dengan profesion lain.

Direka @ jikly09