BUDAK UKUR UTM DUT 1993 - 1996

Gerbang Ukur | Salam Kecemerlangan | Senarai Nama Budak-budak Ukur | Catatan Peristiwa | Faktor Penukaran | Kenangan Silam | Blog Budak Ukur

Catatan Peristiwa

standupcomediantn.jpg

  • JUPEM telah mengadakan Pesta Sukan Ukur SeMalaysia (PESUMA) 2005 pada 5 hingga 9 Ogos 2005 di Terengganu. Tuan rumah iaitu JUPEM Terengganu telah menjadi johan keseluruhan.
  • Rahizuddin (Burg) memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 11 hb Ogos 2005 pukul 10.31 pagi di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau mengingatkan kepada sesiapa yang ingin membuat lawatan supaya jangan lupa membawa hadiah sekali. 
  • Riza telah dikurniakan cahaya mata yang ketiga pada 10 Nov 2005. Anaknya telah dilahirkan di Hospital Putrajaya dan diberi nama Izz Afeef bt Mohd Riza.
  • Zikri juga telah diberi rezeki Allah iaitu cahaya mata kedua pada 3 Jan 2006 & masa 9.44 pagi di Hospital Pantai Putri, Ipoh. Baby nya telah dinamakan sebagai Muhammad Zarif Hakim.  
  • Isteri Tan Liat Choon baru melahirkan anak perempuan pertama pada 17 Dis 2005. (Kalau dimaklumkan nama lagi baikkan!!) Tahniah! Semoga akan ditingkatkan lagi usaha ke arah penduduk 70 juta.
  • Halaman web ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Cina. Semoga tahun Anjing ini akan memberikan kemakmuran, keuntungan dan perpaduan kepada semua kaum di negara Malaysia yang dicintai ini.
  • Dan juga kepada para umat Islam semua, Selamat Menyambut Awal Muharam 1427 Hijrah. Diharapkan akan ditingkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai hamba Allah. Izinkan saya mengambil sebaris ayat yang diperolehi daripada Sasterawan Negara kita iaitu Dato' A. Samad Said yang berbunyi iaitu "Tuhan ... Terlalu banyak yang telah Kau berikan dan terlalu sedikit yang kami balaskan ... ". Jadikanlah tahun 1427 Hijrah ini sebagai pemangkin perubahan dalam semua aspek atau perkara di dalam hidup kita demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Dabut telah dikurniakan rezeki baby yang ke 2. Baby boy nya telah dilahirkan pada hari Jumaat pukul 6.15 petang di Hospital Kuala Lumpur. Tahniah dan selamat berpuasa.
  • Alhamdulillah saudara Hafizi bin Ismail telah dikurniakan Allah SWT seorang baby girl pada 22 Mac 2006 pukul 2.55 petang dan beratnya 2.86kg. Baby girl telah selamat dilahirkan di Hospital Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang.
  • Takziah kepada sahabat kita Riza Halim kerana anak sulongnya Izz Ammar, 5 tahun telah meninggal dunia pada malam 17 November 2006 (hari Jumaat). Arwah anaknya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Dengkil, Selangor. Semoga Riza sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang berat ini. Amin!
  • Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1427H. Semoga ibadat korban yang akan kita lakukan akan mendapat kerahmatan dan kemuliaan dariNya.
  • Tahniah kepada Rais Ayob kerana dianugerahkan baby boy pada pagi 12 Disember 2006.
  • Selamat Tahun Baru 2007-Semoga kita semua akan maju kehadapan dan mencapai kemajuan serta kebahagiaan dengan bersatu padu dalam membentuk kemuafakatan tanpa perasaan curiga di antara sesama kaum di Malaysia negara yang kita cintai dan sayang ini.
  • Sahabat kita Jemik telah mendapat baby boy yang bernama Muhammad Ziyad yang dilahirkan pada hari Jumaat iaitu 23-2-2007 masa 5.23 petang di Hospital Kedah Medical Center, Alor Star. Tahniah Jemik semoga berjaya mendidik anak dengan acuan yang dikehendaki oleh Islam. Amin.
  • Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke 50 Tahun Kemerdekaan Negara Malaysia - Kekalkan perpaduan dan keamanan yang telah diusahakan oleh datuk moyang kita dalam memastikan generasi sekarang hidup dengan aman dan makmur di bawah pentadbiran bangsa kita sendiri tanpa perlunya dijajah oleh kuasa Barat. The power is yours.
  • Tahniah kepada sahabat kita Riza kerana Allah telah menganugerahkan beliau seorang putera yang bernama Izz Awwad pada 4-9-2007 pukul 3.15 petang di Hospital Putrajaya. Sesiapa yang ingin menziarah bolehlah datang ke alamat No. 29, Jln Emas 1, Tmn. Emas 43800 Dengkil, Selangor dengan membawa hadiah hamper, mainan kanak-kanak dan sebagainya tanpa tangan kosong. He he he.
  • Selamat Menjalani Ibadat Puasa Di Dalam Bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan kenikmatan dan keasyikan demi mendapat keRedhaan dari Allah SWT. Pastikan ibadat puasa kita adalah yang terbaik dengan menjaga seluruh anggota badan kita daripada membuat atau melakukan sebarang perkara-perkara yang boleh mencacatkan ibadat puasa tersebut. Jangan lupa untuk melaksanakan solat terawih yang hanya hadir sebulan dalam setahun. Sesungguhnya masa yang diperlukan untuk melaksanakan solat terawih hanyalah 30 minit hingga 90 minit berbanding membuat aktiviti lain yang hampir 11 bulan kita lakukan. Selamat Berpuasa Semua!
  • Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429 Hijrah / 2008 Masihi - Maaf Zahir Dan  Batin Untuk Semua Muslimin dan Muslimat.
  • Tahniah kepada PM Baru. 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
  • Pada masa kini, Facebook semakin popular. Kepada sahabat sekalian dinasihatkan berhati-hatilah dalam memaparkan informasi peribadi sendiri. Salam.
  • Politeknik Kulim telah merekabentuk halaman web untuk kursus ukur tanah yang pengarangnya adalah Burg. Cayalah. Semoga byk ilmu boleh dikongsi bersama.

Direka @ jikly09