Jurukur tanah merupakan ahli kepada Pertubuhan Jurukur Antarabangsa atau lebih dikenali
sebagai Federation International de Geometres (FIG). Menurut artikel 4 yang dikeluarkan oleh FIG
menyatakan bahawa:
“Jurukur tanah adalah ahli profesional yang mengenal, menentukan sempadan-sempadan,
mengukur dan membuat pemisahan hartanah bagi sektor awam dan juga swasta samada di bandar atau di luar bandar, di bawah atau
di permukaan bumi. Dan melakukan pengukuran bagi pendaftaran hartanah dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang berkaitan.
Jurukur tanah juga mengkaji, merancang dan bertanggungjawab terhadap pembangunan tanah bandar dan di luar bandar. Umumnya
jurukur tanah sering berurusan dengan aspek teknikal, ekonomi, pertanian dan sosial.”
 |
Kepada semua warga ukur tanah samada dalam sektor kerajaan atau swasta khususnya di Malaysia apa
yang perlu dilakukan adalah menanamkan semangat dan kebanggaan terhadap bidang ukur tanah dalam minda generasi muda dan
seterusnya menjadikan jurukur tanah sebagai karier.
 |